DISEBALIK KEHIDUPAN SEORANG GADIS

 Assalamualaikum and Hi semua,

Rasa dah lama tak menulis. Aku ini bukanlah seorang penulis handal, sekadar menulis coretan yang terlintas di hati. Mungkin dapat memberi pengajaran atau pun idea di sebalik kehidupan seorang gadis kepada yang membaca. Insan tuhan yang dilahirkan pada Mei 2001 di negeri Johor. 20 tahun sudahku berada di muka bumi yang dipinjamkan oleh Ilahi, namun masih belum aku ketahui sebab kelahiranku. 20 tahun yang berlalu begitu pantas penuh dengan semua perasaan yang bercelaru suka, duka, keliru, kecewa, bangga dan paling menyedihkan bagiku ialah kesilapan demi kesilapan.Tidak ku nafikan kesilapan ialah lumrah kehidupan seorang manusia namun mungkin kesilapn yang ku lakukan itu masih mengejar sehingga ke hari ini. Sebelum bercerita, molek rasanya jika aku  memberi pengenalan diri yang lebih terperinci, insan ini ialah anak sulung daripada tiga orang adik beradik, kakak sulung yang bagiku tanggungjawabnya sangatlah berat. Jika direnungkan semula aku tidak pernah menjadi kakak yang baik kepada mereka dan impianku adalah menjadi yang terbaik untuk mereka berdua. Aku bukanlah seorang yang hebat tetapi aku minat yang tersendiri di mana aku melakukannya untuk mengisi masa lapangku. Dari hari aku tahu baik buruk impian dan harapanku adalah untuk menjadi pensyarah. Sewaktu di tingkatan lima aku telah menetapkan bidang yang ingin aku ajar, iaitu Bahasa Malaysia. Namun semua yang berlaku tidak seperti yang ku harapkan, banyak dugaan dan cabaran. Hakikat hidup memang tidak pernah sama dengan apa yang kita fikirkan. Aku setuju dengan pernyataan ini dan sebagai anak adam yang kuat aku terus berusaha untuk mengharungi semuanya. Sekian dahulu buat ketika ini. Akan ku sambung coretan ku di hari lain. Penantian yang ku nantikan apakah kesudahannya?

Comments